Irsyad Hamdi

Alhamdulillah, setelah beberapa hari irsyad hamdi perlu melakukan ujian darah demam kuning, hari ini aob menunjukkan angka 8.8. doktor kata tak perlu lagi buat ujian darah.

sebelum ini, boleh kata setiap hari perlu hantar irsyad hamdi ke klinik kampung melayu untuk buat ujian darah tersebut. bacaan antara 10 ke 13..

tapi prosedur di hospital sedikit memenatkan. ya, hari ini perlu buat ujian darah di hospital sebab klinik kampung melayu tutup. semalam di mahmoodiah.

penat sebab.. kita perlu ke bahagian kecemasan, daftar dan buat saringan awal.. selepas itu dirujuk ke wad a (wad kanak-kanak) untuk ambil darah.. kemudian perlu hantar sendiri sampel darah ke unit padologi (kot) untuk diproses dan perlu tunggu selama 1 jam baru dapat resultnya. dapat result, hantar semula ke wad a untuk tindakan susulan. siapa yang biasa dengan hsa taulah, kedudukan setiap blok itu kan.

alhamdulillah, doktor kata anak tak perlu ditahan dan boleh balik, bacaan sudah rendah.. 8.8 sahaja. kemudian perlu pulangkan satu form biru tu ke bahagian kecemasan semula.

walaupun sedikit stress dengan prosedur sebegitu, hati tetap tenang kerana kakitangan/staf hospital ramah2 belaka dan tiada yang bermuka masam. begitulah staf kerajaan yang kita harapkan.. aku pun staf kerajaan jugak ;)

apapun ini semua pengalaman dan pengajaran, setiap sesuatu yang menimpa kita ianya adalah ujian dari allah, allah hanya minta kita bersabar degan ujian yang diberi.. dan itulah pengukur iman kita.

Alhamdulillah.. Rezki kurniaan Allah

18/04/2012

Alhamdulillah, inilah HERO kami yang baru.. anak ke tiga, lahir dengan selamat secara normal.
Tarikh lahir 18/04/2012 Rabu
Jam 08:36 pagi
Berat 3.4 kg
Di Hospital Batu Pahat, Johor.

Asam Pedas Ayam

asam pedas ayam

Malam tadi orang rumah sibuk memasak asam pedas ayam, buat pot luck untuk makan tengahari ini di bilik PGR. Setakat ini, setelah beberapa kali dia masak asam pedas sejak kami berkahwin, rasanya memang memenuhi citarasa saya, alhamdulillah. Walaupun setiap kali memasak pasti beberapa kali tambah gula atau garam sehingga rasanya betul-betul naik ;)

Demi Duha

Bahan bacaan minggu ini, bermula malam tadi baca tak sampai 1/4 buku pun mata sudah terlelap. Insyaallah cuba habiskan dalam masa 3 hari. Saya bukan lah jenis yang rajin membaca, banyak lagi buku-buku sebelum ni yang baca sekerat jalan atau lompat-lompat, cari topik yang menarik sahaja.

Tapi untuk buku kali ini, Demi Duha tidak boleh demikian kaedah membacanya kerana ia sebuah novel. Kalau lompat hilang lah jalan ceritanya ;) .

demi duha.

Secara ringkasnya, hasil bacaan beberapa muka dari buku ini.. memang menarik, biarpun penulisnya dari Indonesia dan jalan ceritanya sudah pasti berlaku sekitar masyarakat di sana. Namun, penyampaian jalan cerita begitu tersusun dan pembaca tidak akan rasa kelopongan.

Sedikit petikan buku Demi Duha:

Setiap hari kita perlu berbuat tiga ratus enam puluh kebaikan untuk disedekahkan kepada tiga ratus enam puluh sendi-sendi..

Jika setiap hari kita asyik menguruskan sedekah untuk sendi-sendi kita, mana ada masa buat hal-hal lain?

bersambung..

Pen Al-Quran Digital

Pen Al-Quran Digital ini dapat membantu kita membaca ayat-ayat al-Quran bersama terjemahannya sekali. Ibu saya pernah menyatakan hasratnya untuk memiliki Quran Digital ini. Insyaallah, saya akan belikan untuknya.

Belajar dengan cara mendengar bacaan dari Imam Besar Masjidil Haram dan dari 4 Qari hebat iaitu
Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-
Matrud adalah sesuatu yang diidam-idamkan. Nak pandai, belajar dari PAKAR….Suara merdu, bacaan
tepat dengan tajwid yang betul, dan dengan taranum yang mengkagumkan.


Dapatkan di sini

http://www.qurandigital.my/

* Tetapi harus diingat, jalan terbaik untuk mengaji al-Quran ialah berguru dengan ustaz-ustaz yang mursyid supaya bacaan dan tajwid kita ada yang semak.

Hayati sejarah Gayong

Tampin & Sunset – A’ Famosa Resort, Melaka

Dua foto pilihan yang sempat saya ambil semasa kerja luar di A’Famosa Resort, Melaka pada bulan Februari 2012 lepas. Bandar Tampin dan panorama sunset dari A’amosa Resort, Melaka.

Bersabarlah

Bersabarlah wahai insan-insan yang menerima ujian dari-Nya

Sunset – A’ Farmosa Resort, Alor Gajah, Melaka

Panorama sunset di A’ Farmosa Resort, Alor Gajah, Melaka. Gambar ini diambil sekitar jam 7 petang menggunakan Samsung Galaxy Ace. Gambar dari Pentax K100D Super akan menyusul kemudian.

Parit Raja, Pagi Yang Cerah

parit raja pagi yang ceria

lihat versi berkabus di sini